Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـٰنِ ٱلرَّحِيم
Segala
puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat
junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan
pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.
Sahabat yang dirahmati Allah,
Hati
manusia sentiasa disebukkan dengan kecintaan kepada dunia. Harta
kekayaan yang dimegah-megahkan, keseronokan kepada isteri dan
anak-anak, perniagaan yang diusahakan takut kerugian, hiburan yang
diminati dan aktiviti harian melayan hobi dan kesukaan. Tidak ramai
manusia yang cinta kepada majlis ilmu, tazkirah, bahan tarbiah dan
dakwah.
Jika ditagkan nota tazkirah diwall facebook
cepat-cepat dipadamkan dan ada yang "unfriend" kerana merasa elagi dan
tak selesa. Tidak berminat jika wall dipenuhi artikal yang mengajak
kepada akhirat dan membaiki akhlak kepada akhlak mukmin. Lebih suka
berbincang hal-hal dunia dan kesukaan masing-masing. Lebih suka
khayal mengenangkan nostalgia lama yang mengasyikkan. Tidak salah
mengenangkan kisah-kisah lama tetapi itu hanyalah "BAHAN SEJARAH" yang
lebih penting bagaimana kita hendak mengajak rakan-rakan lama (yang
telah berada diambang usia senja) menuju siratul mustakim supaya kita
dapat bertemu disyurga nanti insya Allah.
Dalam
hadis menjelaskan sahabat-sahabat yang baik dan bertakwa ketika di
dunia akan bertemu disyurga nanti. Ada pasar disyurga tetapi tidak ada
jual beli yang ada hanya lah perjumpaan mengenangkan kisah-kisah lama
ketika di dunia.
Anas bin Malik r.a. berkata: Nabi
SAW. bersabda yang bermaksud: "Di dalam syurga ada pasar tetapi
tidak ada jual beli, hanya orang-orang berkumpul membicarakan
keadaan ketika di dunia dan cara beribadat, bagaimana keadaan
antara si fakir dengan yang kaya dan bagaimana keadaan sesudah mati
dan lama binasa dalam kubur sehingga sampai di syurga".
Manusia
lebih tertarik membincangkan perlawanaan bola sepak pasukan mana
yang menjadi pilihan, penyanyai mana yang memenangi pertandingan
(mentor, akademik fantasi, kilauan emas dan sebagainya), pelaburan
mana yang lebih menguntungkan (tidak kira halal/haram), filem mana
yang mendapat box office, termasuk jenis-jenis kereta yang dipakai,
rumah tempat tinggal dan perabut berjenama dan jenis pakaian yang
dipakai dan model telefon bimbit terkini yang digunakan dan
sebagainya.
Manusia benar-benar terpedaya
dengan dunia yang melalaikan dan melekakan hinggakan manusia sanggup
menghabiskan ribuan ringgit dan masa yang banyak untuk melayan hobi
dan kesukaan hawa nafsu yang dituruti. Mereka yang berminat terhadap
kereta sanggup menghiasi kereta dengan "accessory" yang mahal dan
membazir. Mereka yang berminta perhiasan rumah sanggup menghabiskan
puluhan ribu untuk mengiasi rumah dengan perabut mahal dan kemasan
yang berjenama dan diimport dari luar negara. Mereka yang minat
memancing sanggup ambil cuti dan menyewa bot laju untuk memenuhi
kepuasan memancing dikawasan laut dalam. Sedangkan amat berat untuk
membayar zakat dan bersedekah kepada fakir miskin atau kejalan Allah
SWT.
Apabila diajak kepada kemasjid atau surau untuk
mengikuti kuliah agama atau tazkirah berbagai-bagai alasan diberikan.
Tidak ada masa, sebuk dengan keluarga, sebuk dengan pelanggan dan
letih bekerja sehari suntuk dipejabat dan sebaginya.
Apakah
manusia merasakan bahawa dia boleh hidup 100 tahun lagi atau
seolah-olah panggilan kealam barzakh masih jauh?. Walaupun umur sudah
menjangkau 50 an, 60 an dan 70 an tetapi minat kepada dunia melebihi
kesukaan kepada hari akhirat.
Sahabat yang dimuliakan,
Rasulullah
SAW. pernah menasihati umatnya agar sentiasa bertaubat kepada Allah :
"Wahai sekelian manusia, bertaubatlah kamu kepada Tuhan sebelum kamu
mati. Gunakanlah kesempatan yang ada untuk beramal dan berbakti
sebelum masa kamu dipenuhi oleh urusan dan kerja. Wujudkanlah satu
pertalian antara kamu dengan-Nya, memperbanyakan mengingati-Nya
(zikrullah)."
Tahukah kalian bahawa malaikat maut
sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam
sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak
lalai mengingati mati.
Oleh kerana malaikat maut adalah
makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu
manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.
Hadis
Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Bahawa malaikat maut
memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika
Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang
gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: "Alangkah hairannya aku melihat
orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya,
tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa."
Justeru,
tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak
sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu
difikirkan dalam hidup.
Takdirnya esok hari terakhir Allah
'pinjamkan' nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini
adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya
iaitu alam barzakh dan alam akhirat?
Oleh itu marilah
sama-sama kita bermuhasabah dan membuat persiapan secukupnya untuk
hari esok (akhirat). Untuk keperluan makan, minum, rumah, kenderaan
dan keperluan hidup yang lain cari dan gunakanlah seadanya (qanah)
kerana hidup di dunia hanya sementara waktu sahaja. Jika berharta
perbanyakan sedekah jariah kerana inilah saham yang sebenarnya untuk
kita semasa disana nanti. Janganlah memandang sepi terhadap ilmu yang
bermanfaat walaupun satu perkataan. Sebarkanlah dan kongsi bersama
sahabat-sahabat lain kerana ianya juga saham akhirat.
Nabi
SAW bersabda maksudnya : "Apabila mati seorang anak Adam, maka
terputuslah segala amalan, melainkan 3 perkara yg dibawa pergi iaitu
pahala amalan (yg dilakukan semasa hayatnya masih ada), sedekah yang
berkekalan, ilmu yang dimanfaat, anak-anak soleh yang berdoa
kepadanya." (Hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah.)